Sepintas Lalu - E.Excel International
Pada tahun 1987, E.Excel International, Inc. telah ditubuhkan oleh Dr. Jau-Fei Chen di Springville, Utah, Amerika Syarikat. Sebuah ibu pejabat dan pelantar kilang yang luas telah dibina di atas tanah seluas 15 ekar yang bertapak di Gunung Wasatch. Kini E.Excel International merupakan salah satu pengeluar produk pemakanan kesihatan terbaik di dunia dengan didukung oleh lebih dari 250 orang saintis. E.Excel terus berkembang dengan pesat kerana komitmennya untuk menghasilkan kualiti produk yang terbaik serta mengajar Prinsip Pemakanan Imunisasi untuk menjana kehidupan yang sihat. Kini, E.Excel International telah pun melebarkan sayapnya dari Amerika Syarikat, Kanada hinggalah ke Singapura, Malaysia, Taiwan, Korea, Filipina, Thailand, Hong Kong, China serta banyak lagi negara di Eropah. Jadi, memang benarlah ia merupakan satu rangkaian antarabangsa.
Di Singapura, kami memiliki Pusat Kesihatan Excellence Ultra-Moden dengan penggunaan mesin PET / CT yang tercanggih untuk pelanggan-pelanggan di rantau ini menjalankan ujian penyakit kanser dan jantung dengan cara yang paling cepat dan tidak sakit. Teknologi ini adalah tidak bersifat ceroboh pada tubuh badan dan juga menghasilkan keputusan ketepatan yang tinggi. Ia mampu untuk mengesan penyakit yang masih diperingkat awal dan doktor akan menyelia anda untuk memilih rawatan yang sesuai dengannya. Selain dari itu, kami juga menyediakan Ujian Kesihatan, Perkhidmatan Perubatan Am, Kardiologi, Onkologi, Penjagaan Mata, Kosmetik Pemulihan Kulit, Pergigian dan Orthodontik, Obsterik dan Ginekologi serta Diet dan Program Pemakanan.
Tahun demi tahun, E.Excel berkembang dengan pesatnya. Ia kini menyediakan kemudahan pengilangan yang tidak hanya berpusat di Amerika Syarikat tetapi juga berada di Singapura dan Shanghai untuk memastikan penawaran produk yang mencukupi di serata dunia.Sejak lebih dari sedekad yang lalu, E.Excel telah membina reputasi setanding dengan namanya - Excellence.
Apa Kata Saintis Penyelidikan tentang Rawatan Dadah terhadap Penyakit Kronik Yang Diwarisi?
Ray D. Strand, MD – Penulis “APA YANG DOKTOR ANDA TIDAK TAHU MENGENAI PERUBATAN PEMAKANAN YANG AKAN MEMBUNUH ANDA”
Salah satu sebab kenapa doktor tidak menerima idea makanan kesihatan tambahan adalah sebaik ubat-ubatan pencegahan adalah kerana pengamal-pengamal perubatan tidak betul-betul faham punca terjadinya penyakit turun-temurun. Mereka yang merasakan subjek ini benar-benar menarik adalah penyelidik-penyelidik saintifik dan biokimia, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamalnya di klinik perubatan. Suatu perbezaan yang jelas ketara antara penyelidik saintis dan pengamal perubatan. Walaupun penyelidik saintis ini telah membuat suatu penemuan yang besar dan membanggakan hingga ke akar umbi penyebab kepada penyakit-penyakit ini, hanya segelintir pengamal perubatan yang menggunakan kaedah sains ini kepada pesakit-pesakit mereka. Doktor-doktor dengan mudah hanya melihat sahaja sehinggalah para pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit dan kemudiannya rawatan dijalankan.
Para pengamal perubatan seolah-olah membenarkan syarikat-syarikat farmaseutikal menentukan kaedah terapi selaras dengan perkembangan penemuan dadah terbaru mereka. Tetapi, sehinggalah anda habis mempelajari menerusi buku ini, badan kita mempunyai sistem pertahanan yang terbaik mencegah dari terbentuknya penyakit kronik yang disebabkan oleh keturunan – bukan dadah yang diberi oleh doktor.” – Bab: Pengenalan
Bahaya Pengambilan Vitamin Ekstrak dan Sintetik Secara Berlebihan
Warnai kehidupan anda dengan kesihatan yang baik serta umur yang panjang dengan pengambilan produk kesihatan yang sesuai mengikut keperluan badan anda BUKAN suatu perniagaan dan penjualan yang hanya mementingkan keuntungan. AWAS dengan produk-produk kesihatan di pasaran yang menggunakan proses kimia dan bahaya penggunaan dadah yang tidak didedahkan. Kebanyakannya menggunakan nama” Vitamin Semulajadi” yang mana, pada hakikatnya adalah diproses secara kimia atau sintetik. Produk ini sekiranya digunakan secara berlebihan akan membawa kepada penyakit kritikal dalam masa panjang seperti kanser, kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, kerosakan buah pinggang dan penyakit-penyakit yang lain.
Tahukah Anda? Menurut saintis, pengambilan vitamin yang terlalu banyak melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan kita boleh mengakibatkan penyakit kronik serta kerosakan janin. Apatah lagi jika vitamin yang diambil itu adalah daripada bahan sintetik dan diekstrak secara kimia selain daripada yang asli dan kekal dalam bentuk asalnya seperti vitamin C, D, A, E dan lain-lain vitamin yang terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan vitamin secara berlebihan bukan menjadikan kesihatan anda lebih baik tetapi aan mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
VITAMIN
MASALAH KESIHATAN SERTA KESAN SAMPINGAN
Vitamin A
Penyakit hati, tulang, penglihatan, kerosakan janin, kelesuan.
Vitamin C
Kanser, penyakit gastrointestinal, buah pinggang, gout, cirit-birit keracunan zat besi didalam darah.
Vitamin D
Penyakit hati, Kalsium berlebihan menghasilkan serangan jantung, paru-paru, penyakit buah-pinggang, muntah-muntah.
Vitamin E
Sakit kepala, kelesuan, penglihatan kabur, lemah otot-otot, pendarahan dalaman.
Zat Besi
Buasir, muntah-muntah, serangan jantung.
Kalsium
Penyakit buah pinggang, tiada upaya untuk menyerap zat besi dan zink yang ditimbunkan ke dalam badan, muntah-muntah, serangan jantung.
Sumber:
Reader’s Digest March 2004, muka surat 46
Dr. Jau Fei Chen – Immunisasi Pemakanan (Teks: 2004, muka surat 176)
Malay Mail – Jumaat, 18 November 2005
Dimanakah Anda?
Kita tentu tidak berpuas hati sekiranya kita membuat sesuatu bayaran tetapi tidak setimpal dengan apa yang kita perolehi. Melalui analisa dibawah ini dapat menentukan sama ada pilihan anda tepat dan berbaloi dengan bayarannya.
Makanan Tambahan/ Kesihatan
Analisa
Generasi PERTAMA
Vitamin sintetik (artificial)
Generasi Ke-2
Vitamin dari sumber semulajadi (ekstrak) – masih menggunakan bahan kimia untuk proses ekstrak.
Generasi Ke-3
Makanan keseluruhan sejenis (tiada campuran/ gabungan)
Generasi Ke-4
Kombinasi makanan keseluruhan untuk sebab tertentu ( tetapi tiada kajian “quantum physic”)
Generasi Ke-5
Kombinasi makanan keseluruhan untuk konsep saintifik ( mengkaji ramuan mengikut kaedah “quantum physic” , menggunakan penyelidikan “Comet Assay Test” yang berupaya menentukan setiap bahan adalah selamat dan membaik pulih DNA (sehingga kini hanya E.Excel yang melakukan ujian ini)
Sistem Pertahanan Badan Kita adalah Doktor Terbaik bagi Melawan Segala Jenis Penyakit
Sistem Pertahanan Badan Kita adalah Doktor Yang Paling Baik! Jika sistem imun di dalam badan kita berfungsi pada tahap kecekapan yang tinggi, ia mampu untuk melakukan hampir apa sahaja dan memberikan kita kesihatan yang optimum. Kajian terdahulu menyatakan bahawa sistem imun kita adalah kegagalan kita.
Kita kalah di “medan perperangan” terhadap kanser, penyakit jantung, tekanan darah teramat tinggi (hypertension), darah tinggi, strok, kencing manis, gout, HIV, asma, ekzema, kesakitan sendi, resdung dan lain-lain penyakit sedang meningkat. Virus seperti selsema burung dan bakteria menjadi “kebal” serta mampu bertahan terhadap antibiotik.
Penemuan terbaru kajian saintifik! Kini berada di Malaysia setelah lebih dari 30 tahun dan berjuta-juta wang telah pun digunakan untuk penyelidikan dengan beratus orang saintis, kini kami telah menjumpai makanan khasiat berfungsi untuk menyuburkan keseimbangan secara semulajadi dan meningkatkat kecerdikan sistem imun kita agar dapat kita berlawan di “ medan perperangan” . Telah beribu-ribu pengguna yang mendapat kebaikan dari penemun terbaru ini. Ini adalah Suatu Penemuan Yang Menakjubkan didalam bidang kesihatan dan merupakan langkah terbaik bagi Evolusi Sains Pemakanan. Kekuatan Sistem Imun adalah yang paling utama untuk kekal sihat pada masa hadapan. Makanan khasiat berfungsi ini mampu mengubah Sistem Imun kita dan tiada yang lain.
Immunoterapi atau Bioterapi
Amalan perubatan pada ketika ini dipanggil Terapi Biologi. Ia juga dikenali sebagai immunoterapi, bioterapi atau terapi pengubah tindakbalas biologi. Terapi biologi adalah merupakan pertambahan baru kepada “keluarga” untuk rawatan-rawatan kanser. Ini termasuklah pembedahan, kimoterapi dan terapi radiasi (pancaran). Terapi biologi ini menggunakan sistem pertahanan badan kita sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk melawan penyakit kanser atau mengurangkan kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh sesetengah rawatan kanser.
Sistem pertahanan badan atau nama lainnya sistem imun merupakan suatu rangkaian kompleks sel-sel dan organ-organ yang menjalankan tugas bersama-sama bagi mempertahankan badan dari diserang oleh “makhluk luar” serta musuh. Rangkaian ini merupakan pertahanan badan yang utama yang melindungi kita dari jangkitan dan penyakit. Sistem imun ini berfungsi untuk menghalang pelbagai penyakit, termasuk kanser, dengan bermacam-macam cara. Contohnya, sistem imun dapat mengenali perbezaan antara sel yang sihat dengan sel kanser di dalam badan seterusnya bekerja untuk menghapuskan sel-sel kanser tersebut.
Walau bagaimanapun, sistem imun kita tidak selalu dapat mengesan sel kanser sebagai “makhluk luar”. Juga, kanser boleh terjadi apabila sitem imun badan kita lemah atau tidak berfungsi dengan baik. Terapi Biologi atau immunoterapi melalui Khasiat Makanan Berfungsi adalah dicipta supaya ia mampu untuk memperbaiki serta meransang tindak balas sistem imun.
“99% daripada rawatan kimoterapi adalah gagal. Mereka yang hidup sebenarnya telah pun berkurangan sebanyak 10 tahun dari jangka hayat mereka – Dr. JF Chen”
Mengelak dan Mengubati Penyakit Jantung Dengan Cara Semulajadi
Penyakit jantung telah membunuh beribu-ribu orang setiap tahun, lebih banyak jumlahnya dari penyakit kanser, AIDS, kemalangan, penyakit hati dan kencing manis jika digabungkan. Namun begitu, berita baik nya adalah masih ada cara yang berkesan yang dapat mencegah dan merawati penyakit jantung secara semulajadi iaitu melalui Khasiat Makanan Berfungsi.
Perbezaan antara Sains Pemakanan Imunisasi dan Ubat-Ubatan yang mengandungi Dadah
Ubat-ubatan yang mengandungi dadah
Pemakanan Imunologi
Sains digunakan untuk menyembuhkan penyakit
Sains digunakan untuk mengelak dan merawat penyakit
Menyembuhkan tanda-tanda penyakit
Mencari punca penyakit
Rawatan kepada organ
Rawatan kepada sel-sel tisu yang asal
Menggunakan dadah atau ubat-ubatan
Menggunakan fungsi imun yang terdapat di dalam tubuh kita
Penggunaan dadah secara berterusan akan menimbulkan kesan sampingan kepada tanda-tanda baru yang akan menyebabkan kesengsaraan atau kematian yang bukan disebabkan oleh penyakit asal
Tidak mempunyai kesan sampingan terhadap badan kita
Menggunakan alat gantian kepada fungsi badan yang telah rosak
Memulihkan kembali fungsi badan yang telah rosak
Mengapa Dadah Anti Kolestrol Tidak Dapat Melindungi Dari Serangan Sakit Jantung?
Penyakit jantung telah membunuh berjuta-juta orang setiap tahun. Menurut Dr, JF Chen, kajian saintifik menunjukkan tidak ada peningkatan yang membanggakan dari jumlah kematian akibat dari serangan jantung yang mengambil dadah anti-kolestrol ataupun mereka yang tidak mengambil dadah. Ini adalah kerana dadah tidak dapat mengeluarkan mendakan kolestrol yang telah bertahun lamanya terkumpul didalam badan; ia hanya mengeluarkan kolestrol didalam darah.
Oleh yang demikian, ujian darah yang menyatakan bahawa kolestrol didalam badan adalah rendah sebenarnya tidak tepat. Ia sebenarnya hanyalah kolestrol yang terdapat didalam darah, yang menurun. Tubuh memerlukan Khasiat Makanan Berfungsi untuk menolong menjaga sistem imun badan kita secara semulajadi agar dapat membuang kolestrol di dalam badan dan darah,sekaligus menghindari serangan jantung.
Selamat Datang

Hi, nama saya Puan Aishah bt Abd. Latiff dari Kuala Lumpur. Panggil saja Aishah. Bagaimana saya mula mengenali E.Excel? Telah lebih 12 tahun saya berusaha mencari produk yang dapat membantu saya keluar dari "kelompok" ancaman kanser (apakah saya akan turut mewarisi penyakit yang menakutkan ini?!!!)
(Klik untuk cerita selanjutnya....)
Namanya E.excell
Labels: 1. Introduction