Ini Adalah Ringkasan Beberapa Testimoni-testimoni Tentang Manfaat Yang Diperolehi Daripada E.Excel.
Sesiapa sahaja yang memakan produk ini secara berterusan untuk beberapa tempoh waktu akan mendapat manfaat daripada produk ini. Melalui bacaan anda tentang ringkasan ini, anda akan dapati Misi E.Excel baru sahaja bermula. Kami amat menyokong agar anda dapat berkongsi maklumat ini bersama dengan rakan-rakan anda. Jika anda dapat menolong seorang rakan memperbaiki kualiti kehidupannya melalui produk ini, ia adalah suatu perkara yang boleh dibanggakan. Mari kita berkongsi cerita.......
_____________________________________________________________________
“ Saya telah mengidap kencing manis selama 15 tahun dan kini pada umur 59 tahun ia menjadi lebih teruk dan saluran darah pada kaki pula tersumbat. Saya mula menggunakan produk E.Excel “Ginberry” pada November 2005. Selepas sebulan paras gula telah menurun dari 21 kepada 6” – Zainab, Taman Keramat, Selangor, MALAYSIA
____________________________________________________________________
“Saya adalah ibu kepada 5 orang anak. Mula menggunakan produk E.Excel pada April 2005. Saya mengalami masalah lelah yang kronik sejak lahir dan sekarang saya tidak lagi menggunakan sedutan gas (nabulizer apparatus). Salah seorang dari anak saya pula mengalami down syndrome dan saya memberinya pati minuman “Essence of Knowledge”. Kini anak saya telah mula menunjukkan interaksi positif dan berkomunikasi yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku. – Puan Shams, USJ Subang Jaya, Selangor, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“ Saya berumur 43 tahun dan mengalami resdung yang teruk . Saya mula menggunakan “NOCO” pada tahun 2004. Sekarang, saya berasa sungguh selesa untuk bernafas” – Razali, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“Saya berumur 28 tahun dan sedang hamil 5 bulan. Di peringkat awal kehamilan, saya mengalami pendarahan selama 2 bulan. Saya selalu berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi pendarahan masih tidak berhenti. Saya akhirnya telah mencuba “PEARLIN” selama lebih kurang 2 minggu dan pendarahan itu telah berhenti. Saya amat berpuas hati. Kawan-kawan juga mengatakan kulit saya semakin halus dan gebu” – Puan Masriah, Sungai Buloh, Selangor, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“Saya sudah mempunyai cucu dan mengalami berat badan berlebihan, dalam masa 2 bulan saya telah kehilangan sebanyak 9.5 kg selepas mengambil
“ Shape of Excellence ” yang telah disyorkan kepada saya” – Puan KM. Syiah, Kuala Lumpur, MALAYSIA
__________________________________________________________________________
“ Adik saya berumur 39 tahun. Dia secara tiba-tiba menghidap demam yang berpanjangan selama 2-3 minggu. Sehingga seketika dia langsung tidak dapat berjalan dan terpaksa di masukkan ke hospital. Doktor mengatakan bahawa ia telah disebabkan oleh virus sehingga memberi kesan kepada sistem sarafnya. Doktor mengatakan bahawa adik saya ditahap kritikal dan mereka hanya berusaha sedaya yang termampu. Saya memberikan adik saya “MILLENNIUM”, “ACT” dan “NUTRIFRESH”. Selepas 3 minggu adik saya telah dibenarkan pulang dari hospital. Perkembangannya mengejutkan kami semua. Kini, setelah 2 bulan dia sudah boleh berjalan dan mampu untuk memandu kereta sendirian.” – Puan Ruhaini, Kelantan, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“Saya berusia 50 tahun dan menghidapi kanser payu dara selama 2 tahun, melalui banyak rawatan kimoterapi tetapi tiada tanda-tanda untuk sembuh malah semakin teruk. Selepas mengambil “MILLENNIUM”, “NUTRIACT”, dan “NUTRIFRESH” yang telah disyorkan setahun yang lepas, saya berasa jauh lebih sihat dan kanser juga telah berhenti dari merebak ke tempat lain. Sekarang saya menolong pesakit kanser yang lain untuk sembuh – Puan Lisa, Subang Jaya, Selangor, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“ Saya telah menderita akibat gout disebabkan oleh kandungan asid urik yang tinggi didalam badan semenjak umur saya 29 tahun. Sekarang umur saya 51 tahun dan telah bebas dari penyakit ini 5 tahun yang lepas iaitu semenjak produk ini diperkenalkan kepada saya 6 tahun lepas. Saya mula makan “ Daily Nutrition Pack”, “MILLENNIUM”, “ART”, “LI-DAN” dan “NUTRIFRESH” – Encik Mansor , Melaka, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“ Selepas melahirkan anak sulong, setiap kali sebelum datang haid saya akan mengalami kesejukan didalam badan. Apabila masuk ke bilik air saya akan berasa amat sejuk dan kadang-kala menggigil. Begitu juga sewaktu tengah malam ketika tidur. Saya terpaksa menggunakan beberapa helai selimut tebal bagi mengurangkan kesejukan yang datang secara tiba-tiba. Selepas diperkenalkan dengan produk E.Excel iaitu “Dong Quai” saya dapat merasakan keberkesanannya. Haid saya kembali teratur setiap bulan dan saya tidak lagi mengalami kesejukan secara tiba-tiba seperti sebelumnya. Kesannya amat cepat ! Saya belum pun menghabiskan sebotol “Dong Quai” saya......” – Puan Habsah, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA
___________________________________________________________________________
“ Kami amat mengambil berat apabila mengetahui Lanie mengandungkan cucu kami. Kami memang telah biasa dengan produk E.Excel dan sememangnya menggunakan produk ini. Apabila Lanie diberi dengan vitamin-vitamin oleh doktor di awal kandungannya, kami membaca label disitu agar menjauhkannya dari kanak-kanak. Kami bertanya sendiri, “ sekiranya vitamin ini tidak sesuai untuk kanak-kanak, bagaimana pula ia boleh sesuai untuk wanita mengandung dan bayi didalam kandungannya?” Kami memutuskan untuk memberi Lanie produk E.Excel sebagai ganti kepada vitamin-vitamin tersebut. Sewaktu di hospital, Lanie amat mudah bersalin dan hanya mengambil masa 9 jam tanpa menggunakan sebarang dadah. Bayi itu pula cukup sihat, dia jarang jatuh sakit, dan jika ada pun sakitnya ringan sahaja, dalam beberapa jam kemudian dia akan kembali sembuh! Tidak mengalami sakit telinga, selsema, alahan atau pun ruam lampin! Cucu kami sukakan Nutrifresh. Seluruh keluarga kami sentiasa dalam keadaan sihat. Saya sendiri secara peribadi percaya semua masalah kesihatan termasuklah rabun, rambut gugur dan lain-lain adalah berpunca dari apa yang kita makan selama bertahun-tahun ini. Kami sukakannya dan kami juga menjualnya kerana kami tahu ia adalah benar!”
_____________________________________________________________________
“ Sewaktu saya mengalami haid, saya akan mengalai kejang yang teruk dan boleh berpanjangan sehingga 8 hari! Bila saya mula mengambil “Pearlin”, haid saya mula teratur dan jarang mengalami sakit yang teruk. Haid saya juga lancar dan hanya mengambil masa selama 5 hari sahaja. Produk ini benar-benar berkesan! Saya memberitahu semua rakan-rakan saya mengenainya”.
_____________________________________________________________________
“.....waktu mula-mula mengambil produk ini saya telah kehilangan sebanyak 32 paun....doktor saya melihat carta saya, dan membandingkan carta saya 15 tahun lepas. Doktor mengatakan yang badan saya nampak 15 tahun lebih muda dari yang sepatutnya. Kolestrol saya pula telah menurun dari 278 kepada 156, tekanan darah berada diparas yang baik.....saya tidak lagi mengalami anemic dan hypoglycemia saya pun telah hilang... Perrkara yang paling baik sekali ialah apabila orang memegang bahu saya dan berkata “ Awak adalah kawan baik saya! Terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada E.Excel....” Saya juga berkongsi produk ini dengan seorang wanita yang hampir maut akibat Lupus. Doktor mengatakan jangka hayatnya untuk hidup sangat tipis.....dalam masa seminggu dia menggunakan produk E.Excel, dia telah boleh bangun dari katil; dua minggu pula dia telah boleh memasak dan tiga tahun kemudian , pada umurnya 65 tahun dia mampu untuk berlari sejauh 3 batu setiap hari.”
_____________________________________________________________________
“....Ibu saya mehidap leukemia yang teruk dan hanya diberi masa selam 6 minggu untuk hidup. Dia mampu bertahan selama 9 bulan....Doktor nya amat terkejut..........”
_____________________________________________________________________
“ Pada tahu 1989, saya disahkan menghidapi virus HIV, tetapi pada masa itu tidak menampakkan yang ia amat serius. Saya percaya yang saya mempunyai sistem pertahanan badan yang sihat dan saya juga pada masa yang sama menjalani program produk herba yang baik yang akan membantu saya tetap sihat. Namun selepas beberapa ketika, saya dapati sistem imun saya telah mula jatuh. Ia seperti langsung tidak bertambah baik walaupun telah bermacam-macam cara yang dilakukan untuk menguatkannya. 2 tahun yang lepas doktor saya telah membuat keputusan untuk saya mula mengambil ubat mereka (AZT, atau Zidovuldine). Saya berasa ragu-ragu dan berharap agar badan saya akan pulih dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, keadaan saya yang teruk menjadi sangat –sangat teruk. Sel T didalam badan saya telah menurun kepada 200, dan ini menunjukkan yang saya akan menerima apa sahaja penyakit yang ada dan mengalaminya dengan keadaan yang sangat teruk. Saya akhirnya sedar yang masa kini terlalu singkat dan suatu perubahan mesti dilakukan. Saya mula memakan produk E.Excel sebaik sahaja syarikat ini mula beroperasi. Sistem imun badan saya telah naik dengan mendadak dan saya mempunyai selera makan sepanjang masa. Doktor memikirkan yang dadah diberinya dulu telah membantu saya. Selepas beberapa bulan kesihatan saya naik dengan mendadaknya, mereke mengesan yang sistem imun saya telah memusingkan CMV (Cytomegalovirus) yang mana apa yang saya terima dari penyakit HIV dulu, kini telah menunjukkan kebaikan pada mata saya. Produk E.Excel telah membantu sistem imun saya berperang melawan virus. Saya akhirnya memberitahu doktor apa yang saya makan. Doktor mengatakan yang ia memang baik untuk mengambil nutrien daripada sumber makanan dan menyuruh saya supaya terus mengambilnya”. – Roger Wiseman, Sacramento, California.
_____________________________________________________________________
“Saya mempunyai pelbagai jenis alahan , sakit tekak yang berterusan, sakit kepala dan sakit sendi yang amat sangat. Hidup saya bergantung pada ubat-ubatan dan antibiotik.....selepas memakan makanan E.Excel alahan-alahan yang saya alami serta lain-lain masalah kesihatan telah bebas dari hidup saya. Saya tidak lagi mengambil ubat-ubatan dan berasa sungguh sihat.....
_____________________________________________________________________
“Kami kerap kali keluar masuk wad kecemasan dan kami sangat terpaksa....kawan kami menceritakan tentang produk E.Excel.....saya yakin dengan falsafah khasiatnya...selepas 3 bulan memakan produk ini, sakit kepala, sugul, masalah usus, insomnia serta tekanan lama kelamaan semakin hilang.....”
_____________________________________________________________________
“Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan yang E.Excel telah menyelamatkan nyawa saya....saya telah digigit oleh serangga yang saya sendiri tidak tahu jenisnya. Seminggu selepas itu saya susah untuk bernafas atau bergerak....Doktor menyatakan bahawa serangga tersebut telah menghantar sindrom keletihan kronik Epstein ke dalam saluran penghadaman. Saya mula memakan produk E.Excel setiap 2 jam untuk 2 hari 2 malam. Penyembuhan sepenuhnya mengambil masa selama 2 bulan....ianya suatu yang ajaib....”
____________________________________________________________________
“ Semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD didalam bidang radiologi, saya menjadi tertarik untuk mengkaji bagaimana herba dapat melindungi tisu badan daripada kerosakan radiasi (pancaran).... Sebelum melibatkan diri dengan E.Excel dan produknya, saya mempelajari tentangnya berbulan-bulan lamanya, mendengar kaset dan menggunakan pengkalan data (Medline) untuk mengkaji ramuan-ramuan yang digunakan dan formulasikan oleh E.Excel....Apa yang saya dapati , minat saya terhadap bidang kajian yang ingin saya terokai telah pun di lengkapkan oleh E.Excel, dan ianya jauh lebih terperinci berbanding dengan apa yang bakal saya mampu lakukan.....Penemuan itu terus-menerus membuatkan saya kagum, saya berasa sungguh teruja melalui produk-produk berkualiti E.Excel dan kebaikan-kebaikan yang bakal saya kongsi bersama dengan pesakit-pesakit saya nanti. Sebab utama bagaimana saya menjadi pengedar E.Excel adalah kerana saya sendiri ingin menggunakan produk tersebut dan untuk menolong orang lain mendapatkan kembali kesihatan mereka. Setiap hari saya lihat ramai pesakit kanser yang masih hidup yang menggunakan produk E.Excel. Seorang wanita yang hampir mati akibat kanser dan tidak mampu untuk tersenyum. Kali terakhir saya melihat dia, wajah nya begitu berseri yang selama ini tidak pernah terjadi, dan dia tersenyum. Seorang lagi pesakit yang dijangka tidak mampu untuk hidup dalam tempoh beberapa bulan. Saya mula memberikannya produk dan dia mampu untuk hidup lebih lama dari pada jangkaan doktor. Saya memperkenalkan produk ini kepada doktor-doktor perubatan yang lain dan sekarang mereka juga menggunakan produk ini untuk berkongsi pengetahuan dengan pesakit-peskait yang mereka temui. Melalui E.Excel saya mampu untuk menolong orang lain, dan berasa sangat puas apabila melihat mereka memperbaiki kehidupan mereka melalui sains Imunisasi Pemakanan”.
_____________________________________________________________________
“ Bapa mertua saya baru sahaja disahkan menghidap kanser. Doktor telah menjumpai ketumbuhan yang mana telah membesar sebesar saiz sebiji bola golf dalam masa sebulan. Selepas ketumbuhan itu dibuang, dia telah memakan produk E.Excel dan doktor terkejut kerana baik begitu cepat dan memperolehi kembali kesihatannya. Sekarang, tiada tanda-tanda ketumbuhan itu akan kembali semula dan bapa mertua saya pula mengatakan yang kesihatannya bertambah baik daripada yang sebelumnya. Kami percaya apabila seseorang itu makan dengan betul, badan akan bekerja dengan baik.
_____________________________________________________________________
“ Saya telah diberi peluang bekerja sebagai doktor di China dan Kanada selama 20 tahun. Apabila pesakit datang kepada saya, saya akat merawat mereka. Apa yang mengagumkan saya ialah apabila saya menguji semula kesihatan 20 pesakit yang memakan produk E.Excel selama 2 – 4 minggu, saya dapati secara keseluruhannya tahap kesihatan mereka meningkat kepada mereka semua! Separuh daripada pengalaman pesakit-pesakit ini amat membanggakan. Saya percaya produk ini mampu menolong menyeimbangkan keperluan nutrient dalam badan pesakit-pesakit saya dan seterusnya meningkatkan sistem imun.... Saya percaya bahawa E.Excel akan mengambil tempat sebagai Pemimpin dikalangan produk-produk kesihatan yang lain di pasaran.”
_____________________________________________________________________
“ Doktor memberitahu yang saya mungkin akan menghidapi serangan jantung dan stroke, jadi saya membuat keputusan untuk menggunakan produk E. Excel. Hari ini jantung saya normal dan alahan –alahan juga telah berhenti 100%. Saya juga mempunyai seorang kawan yang menghadapi kanser perut. Dia telah menggunakan produk E.Excel dan mendapat semula tenaga hampir serta-merta. Hari ini dia bebas dari kanser dan ianya telah 5 tahun berlalu. Saya tidak tahu seorang yang telah menggunakan produk ini memberitahu saya yang produk ini tidak membantu dia.....semua orang yang saya perkenalkan dengan produk ini , semuanya amat gembira dengan pencapaian kesihatan mereka dan amat berterima kasih kepada saya......”
_____________________________________________________________________
“ Produk ini bukannya dadah.Anda tidak hanya makan apabila anda terasa sakit; ianya sama seperti makan buah oren apabila mengalami skuvi. Produk E. Excel adalah perlu dimakan setiap hari untuk meningkatkan kesihatan dan mengelakkan dari penyakit....dengan jumlah wang yang sama yang dia (ibu saya) telah belanjakan untuk rawatan perubatannnya, dia boleh membeli produk harian E.Excel untuk selama 5 tahun.....saya tidak mengharapkan dia supaya hidup selamanya, tetapi saya mahu menikmati kesihatan yang baik sepanjang umur saya, sebab itu saya makan produk E.Excel setiap hari untuk seumur hidup saya.”
_____________________________________________________________________
“Saya dengan jujurnya ingin menyatakan selepas saya setahun saya menggunakan produk E.Excel saya telah mendapat kembali hidup saya dan saya rasa sangat sihat. Ianya jauh berbeza dari penyakit hati, ketumbuhan fibroid dan endometriosis. Kini saya boleh berfikir dengan baik semula dan boleh bergerak sepanjang hari tanpa rasa penat.....”
_____________________________________________________________________
“....Telah banyak kerosakan yang berlaku dibelakang tubuhnya, dan doktor mengatakan yang dia tidak akan mampu untuk berjalan lagi. Dia mengalami kesakitan yang amat sangat dan doktor mahu memotong urat sarafnya yang mana akan menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Selepas memakan produk E.Excel selam 7 bulan, kesakitan itu telah hilang sepenuhnya. Kami tidak akan terfikir untuk berhenti dari memakan produk E.Excel kerana kami sungguh menyukainya....”
_____________________________________________________________________
“ ...Orang lain terkejut apabila melihat saya sembuh dengan cepat. Saya berumur 55 tahun dan masih mampu untuk melakukan kerja-kerja yang orang berumur 30 tahun tidak lagi melakukan. Saya selalu percaya bahawa apa yang kita masukkan didalam tubuh kita akan memberi sama ada kesan yang baik atau tidak baik, dan saya selalu berfikir untuk sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat. Apabila anda mula mengambil produk ini, anda dapat merasakan tahap kesihatan anda yang baru dan ia akan terus bertambah baik dan baik.
____________________________________________________________________
“ Saya mula mengalami masalah kesihatan seperti resdung, ruam yang amat teruk, sakit kepala yang kerap, sakit tekak yang berterusan, keletihan , sakit otot dan runsing. Setelah mencuba berbagai-bagai jenis doktor, pakar perubatan, vitamin-vitamin, perubatan hemeopati dan perubatan biasa yang masih tidah menunjukkan sebarang hasil, doktor akhirnya dengan mudah menasihatkan saya agar saya menyesuaikan keadaan saya dengan masalah-masalah ini. Namun, saya tetap mahu mencari penawar kepada segala masalah ini.. Bila saya menjumpai E.Excel saya dengan serta-merta berasa amat kagum dan mula memakan produk ini.Kesahihan yang produk ini 100% semulajadi membuatkan saya yakin yang saya tidak mencuba bahan kimia keatas badan saya.. Setelah 2 ½ bulan, sakit kepala saya hilang dan kebanyakan tanda-tanda penyakit lain juga semakin berkurangan atau hampir tiada langsung. Saya memberitahu semua kenalan saya tentang bagaimana produk ini telah merubah hidup saya....”
_____________________________________________________________________
“ Setiap hari, manusia akan jatuh sakit dan selalunya mati akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan . Bagi saya, konsep Imunisasi Pemakanan memang masuk akal yang mana kemajuan penghasilan dadah-dadah baru tidak akan mampu bersaing dengan pengaliran masuk penyakit-penyakit baru. Saya telah belajar bagaimana untuk menjaga diri dan sistem imun yang sihat melalui penggunaan produk E.Excel dan memberi tumpuan kepada aset penyembuhan yang ada diatas muka bumi dan badan manusia......”
“ Saya adalah penghidap kencing manis selama 31 tahun yang mana telah menyebabkan saya mengalami masalah kesihatan yang lain, terutama retinopathy , sehingga memerlukan pembedahan pada mata saya. Bila saya mula menggunakan E.Excel, saya dapat merasakan perbezaannya hampir serta-merta yang saya tidak perlu terlalu banyak insulin. Hasil pemeriksaan kesihatan, saya dapati ia semakin baik dan terus baik setiap kali. Kaki saya yang pecah telah baik seperti orang lain.........”
_____________________________________________________________________
“Telah dilatih sebagai seorang pakar Ph.D. mikrobiologi, Imunisasi Pemakanan nampak seperti kematangan akademik, oleh itu saya mengesyorkan bapa saya mengambil produk untuk hypertension dan gout. Kedua-dua penyakit ini telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Sebab utama kenapa saya menjalankan perniagaan E.Excel adalah kerana ingin melihat lebih ramai orang sihat dengan menggunakan produk ini”.
_____________________________________________________________________
Apa yang boleh anda lihat, tiap-tiap satu cerita yang telah berjaya merupakan sebab kenapa mereka meraikannya. Adalah jelas bahawa dengan menggunakan produk E.Excel ia mampu untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda . Sistem Pertahanan Badan adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai untuk kita pelihara ( Pesanan untuk Muslim; produk ini adalah disahkan HALAL oleh Kerajaan Malaysia)
Selamat Datang

Hi, nama saya Puan Aishah bt Abd. Latiff dari Kuala Lumpur. Panggil saja Aishah. Bagaimana saya mula mengenali E.Excel? Telah lebih 12 tahun saya berusaha mencari produk yang dapat membantu saya keluar dari "kelompok" ancaman kanser (apakah saya akan turut mewarisi penyakit yang menakutkan ini?!!!)
(Klik untuk cerita selanjutnya....)
Kisah Benar
Labels: 2. Testimonial